13 Nov 2017

Keith Foo nafi dakwaan rumah tangga sedang bergolak

Spekulasi pergolakkan rumah tangga pelakon Keith Foo dan isterinya, Kim mula hangat diperkatakan apabila Kim dilihat tidak lagi mengikuti Instagram Keith dan memuat naik beberapa status seakan sedang patah hati dan melalui saat sukar.  Ramai yang tertanya apakah yang sedang berlaku sebenarnya lebih-lebih lagi, kedua-duanya jarang  lagi memuat naik foto mesra bersama.

Keith Foo nafi dakwaan rumah tangga sedang bergolak

Keith Foo nafi dakwaan rumah tangga sedang bergolak

Walaubagaimanapun, Keith memberitahu hubungan beliau dan isteri baik-baik sahaja.

Saya sekarang ini pun sedang berada bersama isteri. Tengah sibuk-sibuk untuk berangkat ke Perth, Australia untuk penggambaran drama baharu. Semua dakwaan itu tidak berasas sama sekali. Saya faham dan sedia maklum inilah antara cabaran bergelar seorang selebriti. Hubungan kami suami isteri masih baik.

Setiap rumah tangga pasti akan dilanda ujian. Apa-apa pun, dengan penjelasan Keith ini, tiada pihak yang terus mencetuskan spekulasi liar mengenai kisah rumah tangganya.

Via: Beautifulnara



sumber : Keith Foo nafi dakwaan rumah tangga sedang bergolak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan