13 Nov 2017

Pengurus Bahagian Pemasaran dan Komunikasi MyCEB meninggal dunia dalam pesawat

PENGURUS Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB), Manisa Mohamed Nor, 39, meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari ibu kota ke London, Sabtu lalu.

Manisa meninggal dunia ketika menaiki pesawat British Airways, BA34 bersendirian dan akibat kejadian itu, pesawat berkenaan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Esenboga, Ankara, Turki.

Pengurus Bahagian Pemasaran dan Komunikasi MyCEB meninggal dunia dalam pesawat

Pengurus Bahagian Pemasaran dan Komunikasi MyCEB meninggal dunia dalam pesawat

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Datuk Zulkefli Sharif, berkata, arwah dalam perjalanan untuk menghadiri persidangan Persatuan Konvensyen dan Kongress Antarabangsa (ICCA) ke-56, yang diadakan di Prague, Republik Czech bermula semalam sehingga Rabu.

“ Beliau pergi ke Prague selepas memenangi geran ditaja oleh Jawatankuasa Penganjur Kongres ICCA 2016, yang berlangsung di Kuching, Sarawak, tahun lalu.

“Punca kematiannya belum dikenal pasti dan jenazah Manisa akan dibawa pulang ke Malaysia dengan penerbangan Turkish Airlines dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 5.20 petang esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang selepas waktu Isyak.

Menurutnya, arwah memegang jawatan sebagai Pengurus Penyelidikan Pemasaran di MyCEB sejak enam tahun lalu.

“Beliau bertanggungjawab menjalankan program Future Leaders dengan universiti tempatan dan para pelajar mereka dalam meningkatkan kesedaran mengenai peluang pekerjaan di dalam industri acara perniagaan dan pelancongan perniagaan.

“September lalu, beliau memainkan peranan penting bagi membantu penuntut dari Universiti Taylor untuk memenangi AFECA Asia MICE Youth Challenge di Kaohsiung, Taiwan,” katanya.

Zulkefli berkata, arwah juga adalah individu penting dalam misi MyCEB melaksanakan program Hala Tuju Acara Perniagaan di Malaysia selain ahli Majlis Akademik Acara Perniagaan.

“Manisa juga aktif dalam kerja sukarelawan dan gemar melancong bersama-sama keluarga dan rakan,” katanya.

Via: Metro



sumber : Pengurus Bahagian Pemasaran dan Komunikasi MyCEB meninggal dunia dalam pesawat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan