3 Dis 2017

20 kereta langgar kayu berpaku di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, tayar pancit dan bampar kemek

Sebanyak 20 kereta mengalami kerosakan termasuk tayar pancit dan bampar kemek akibat terlanggar sebatang kayu yang dipercayai terjatuh daripada sebuah lori di Kilometer 26 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata dalam kejadian antara jam 8 hingga 9 malam itu, semua pemandu dipercayai tidak sempat mengelak kayu berkenaan yang mempunyai paku.

KEADAAN kereta yang mengalami kerosakan akibat terlanggar sebatang kayu yang dipercayai terjatuh daripada sebuah lori di Kilometer 26 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, malam tadi. – Foto Mohd Khidir Zakaria

“Lima pemilik kereta tampil membuat laporan polis, namun siasatan lanjut mendapati secara keseluruhan sebanyak 20 kenderaan terbabit dalam kejadian itu.

“Semua pemilik kenderaan yang mengalami tayar pancit, menukar tayar sendiri sebelum meneruskan perjalanan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau turut menafikan sebanyak 50 kenderaan terbabit dalam kejadian itu seperti yang tersebar di dalam beberapa kumpulan Facebook hari ini.

 

Sumber: BH Online



sumber : 20 kereta langgar kayu berpaku di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, tayar pancit dan bampar kemek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan