KUALA LUMPUR: Seorang wanita bersama pasangan kekasihnya ditahan bagi membantu siasatan kes penjualan bayi kembar mereka dalam laman web jual beli, malam semalam.
Jual bayi kembar RM15,000 di Mudah: Wanita berusia 20 tahun dan teman lelaki ditahan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata pasangan berkenaan di tahan di dua lokasi berasingan.
“Suspek berusia 20 tahun ditahan pada jam 8 malam di rumahnya di Setapak, manakala pasangannya yang berusia 18 tahun ditahan sejam kemudian di rumahnya di Ampang.
“Suspek dipercayai mengiklankan bayi kembar mereka yang berusia empat bulan untuk dijual dengan harga RM15,000 di sebuah laman web jual beli pada Jumaat lalu.
“Bagaimana pun, tiada individu atau pihak yang menghubungi nombor telefon yang dimuat naik bersama iklan berkenaan, sebelum kita menahan kedua-dua suspek,” katanya kepada BH ketika dihubungi.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001 yang menetapkan mana-mana orang terbabit dalam pemerdagangan kanak-kanak, melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan
Jumaat lalu, satu iklan dimuat naik di sebuah laman web jual beli terkemuka negara yang memaparkan gambar sepasang bayi kembar untuk dijual dengan harga RM15,000.
Iklan terbabit kemudian viral di dalam laman media sosial dan aplikasi WhatsApp tetapi tengah hari tadi ia sudah dikeluarkan.
Sumber: Bharian
sumber : Jual bayi kembar RM15,000 di Mudah: Wanita berusia 20 tahun dan teman lelaki ditahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan