18 Dis 2017

Mat rempit kurang ajar pukul pemandu ambulans dan tendang jururawat ditahan polis

TIGA suspek yang membelasah pemandu ambulans dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Taiping Utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kelmarin, ditahan dan direman empat hari bermula hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 20 tahun itu ditahan tengah malam tadi selepas menyerah diri.

Baca artikel sebelum: Ambulans minta beri laluan tapi Mat rempit kurang ajar himpit, tarik dan belasah pemandu ambulans bertubi-tubi, jurawat sedang jaga pesakit ditendang

Menurutnya, keluarga semua remaja terbabit menyerahkan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping dan kemudian tangkapan dibuat.

“Pagi ini ketiga-tiga tangkapan dibawa ke mahkamah untuk direman dan perintah reman diperoleh selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, seorang daripada remaja terbabit masih bersekolah di Bagan Serai, manakala dua lagi sudah bekerja.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Polis juga masih mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes memukul pemandu ambulans,” katanya.

Harian Metro kelmarin melaporkan hanya kerana menegur sekumpulan mat rempit yang sedang berlumba seorang pemandu ambulans menerima empat jahitan di kening ditumbuk kumpulan remaja terbabit.

Dalam kejadian 1.40 pagi berhampiran Plaza Tol Taiping Utara itu, pemandu berusia 53 tahun itu cedera di kening kanan dan menerima empat jahitan, manakala seorang jururawat wanita turut ditendang.

 

Sumber: Harian Metro



sumber : Mat rempit kurang ajar pukul pemandu ambulans dan tendang jururawat ditahan polis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan