29 Jan 2018

Dikecam netizen Indonesia gara-gara bergambar dengan bendera, Maria Ozawa luah sedih guna bahasa

NAMA Maria Ozawa mungkin tidak asing bagi sesetengah masyarakat khasnya ‘lelaki miang’ di dunia ini kerana dia lebih dikenali dengan imej seksi terlampaunya itu.

Bagaimanapun, wanita berwajah comel yang berusia 32 tahun itu sudah lama bersara daripada industri perfileman dewasa atau lebih dikenali sebagai model porno.

Perbuatan bersahaja Maria itu telah menerima kritikan daripada penduduk Indonesia serta beberapa kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.

Mereka seperti mengkritik kerjaya silamnya dan ‘teguran’ yang diberikan juga agak kasar sambil ada pula tidak dapat menerima kenyataan bahawa wanita itu telah memakai jersi negara tersebut.

Sedih dengan kejadian itu, Maria telah memuat naik satu quote yang menunjukkan bahawa dia berasa sangat kecewa dengan sikap segelintir netizen terhadap dirinya yang kini.

“Jangan hanya menilai apa yang kamu lihat di media sosial. ‘Saya sedih’ kerana ramai yang menilai saya di ruangan komen,” tulisnya.

Sebelum ini, Maria pernah berkunjung ke Kuala Lumpur tahun lalu dan postingnya di akaun Instagram miliknya telah membuatkan ramai kaum lelaki ‘teruja’ dengan kedatangan bekas aktres pornografi itu.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



sumber : Dikecam netizen Indonesia gara-gara bergambar dengan bendera, Maria Ozawa luah sedih guna bahasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan