
GURU vokal yang juga penyanyi, Syafinaz Selamat, 45, dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.
Penyanyi popular dengan lagu Ingin Bersamamu itu juga antara 370 penerima penganugerahan darjah, kebesaran, bintang dan pingat, pagi tadi.
Antara pencapaian beliau dalam bidang seni suara adalah sebagai penasihat dan ‘voice master’ untuk Koir Kebangsaan Malaysia, Koir Permata Seni Negara, pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara).
Beliau juga pernah membuat persembahan di hadapan bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika membuat lawatan rasmi ke Malaysia beberapa tahun lalu.
Beliau pernah menghasilkan tiga buah album iaitu Syafinaz pada 1989, Ingin Bersamamu (1999) dan Syyh (2002).
Sumber: Harian Metro
sumber : Syafinaz Selamat kini bergelar Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan