
Guru dilarang bawa telefon ke kelas, peringatan dari Timbalan Menteri Pendidikan untuk semua guru
“Saya belum menerima laporan bagaimana dan di mana telefon itu didakwa hilang, laporan dan siasatan sedang dilakukan oleh pihak polis,” katanya kepada sumber.
Menyingkap kejadian 22 Januari lalu, seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Nibong Tebal dikatakan telah membunuh diri dengan menggantung dirinya di dalam sebuah bilik di rumahnya akibat tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru di sekolah.
Menurut sumber, Kamalanathan berkata, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan berhubung insiden tersebut, namun yang terbaik adalah menunggu hasil siasatan penuh daripada polis.
Jelas beliau, sekiranya polis telah mengeluarkan laporan, kementerian pastinya akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak.
sumber : Guru dilarang bawa telefon ke kelas, peringatan dari Timbalan Menteri Pendidikan untuk semua guru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan