INDONESIA-SULAWESI SELATAN: Kanak-kanak warganeraga Argentina Alum Langone Avalos, 7 yang didakwa diculik bekas pasangannya Jorge Gabriel Langone yang juga bapanya akhirnya ditemui di Toraja, Indonesia selepas beberapa bulan pencariannya.
Memetik laporan atas talian Indonesia, DetikNews, Alum ditemui dalam keadaan selamat bersama ayahnya.
“Polis menemui Alum dalam keadaan sihat.
“Alum lebih gembira dan senang bersamanya,” kata jurucakap polis Toraja, Julianto.
Pada 25 Januari lalu, seorang warga Argentina, Elizabeth Avalos, 27, memohan bantuan rakyat Malaysia untuk mengesan anaknya, Alum Langone yang didakwa diculik oleh ayahnya.
Menurut laporan media, lelaki warga Argentina itu didakwa melarikan Alum dari sekolahnya dan meninggalkan negara berkenaan serta memasuki Malaysia secara haram pada tahun lepas.
Mereka didakwa mengembara bersama seorang wanita serta dilihat kali terakhir di Kuala Pilah dan dipercayai menuju ke Kulai, Johor.
Sumber: Sinar
sumber : Kanak-kanak warga Argentina yang didakwa dilarikan bapa ke Malaysia, telah dijumpai di Indonesia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan