AJAL maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang dan Dia sahaja yang akan menentukan semuanya.
Netizen perlekeh bakat, Nita terpaksa tunda nikah
Begitulah yang dialami penyanyi Nita Hamzah dan tunangannya, Mohd. Fareez Shamsul Bahari, 30, yang merancang untuk mendirikan rumah tanga pada bulan ini terpaksa ditunda kepada tarikh lain.
Menurut Nita, 38, dia sangat berharap agar majlis penikahannya itu dapat dilangsungkan sebelum bulan Raamadan ini kerana mahu mengutamakaan kewajiban terlebih dahulu.

“Ikutkan kami akan bernikah bulan ini, namun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan ia terpaksa ditangguhkan kepada tarikh yang lain.
“Insya-Allah kalau tiada aral melintang, pernikahan akan berlangsung sebelum bulan Ramadan ini. Doakan ia dipermudahkan ya,” katanya dipetik mStar online.
Mereka telah disatukan dalam satu majlis pertunangan serba ringkas pada Ogos lalu. Tempoh pertunangaan itu pada mulanya patut ditamatkan pada bulan ini.
Ini kerana ia mahu diakhiri dengan majlis perkahwinan namun disebabkan ada isu yang tertentu, mereka perlu menundanya untuk beberapa ketika.

“Saya dan tunang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana dan cukuplah dahulukan apa yang wajib iaitu upacara pernikahan.
“Tak perlulah nak buat besar-besar, cukuplah kenduri kecil-kecilan. Kalau ada rezeki lebih baru boleh fikir majlis lain,” tambahnya lagi.
Menurut Nita, dia tidak pernah ada perasaan untuk sorok apa-apa perkara lagi-lagi soal jodoh dirinya kerana dia juga percaya bahawa peminat akan mendoakan kesejahteraan dirinya bersama bakal suami.

“Saya memang tak pernah sorok mengenai tunang dan tak kisah kalau orang tahu siapa bakal suami. Saya hanya jadi diri sendri dan berkongsi berita gembira dengan semua.
“Ada peminat yang memberi ucapan yang baik-baik dan secara tak langsung ia menjadi doa untuk kami apabila mendirikan rumah tangga nanti,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, bekas naib juara program Malaysia Idol 2005 itu juga berasa sedikit kecewa apabila ada segelintir netizen seakan-akan menyuruh dia untuk berhenti menyanyi.
Alasan mereka hanya satu, iaitu kononnya bakat Nita tidak dipandang oleh penonton serta dia tidak menyerlah seperti lambakan penyanyi laian pada masa kini.

Bagaimanapun, semua perkara negatif itu langsung tidak mematahkan semangat Nita untuk bangkit pada tahun ini dan muncul dengan buah tangan baharunya.
“Saya ada terbaca komen netizen yang mahu saya berhenti nyanyi. Mereka beranggapan, bakat saya tidak diperlukan industri. Komen seperti itu pernah buat saya putus asa,” ujarnya dipetik BH Online.
Nita bakal muncul dengan single baharu nyanyiannya yang bertajuk Hadirlah Kasih, hasil ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Iman Imran.
Selain itu, dia juga mengakui bahawa penampilan imejnya yang terdahulu agak seksi dan disebabkan dengan usia semakin meningkat, Nita akui bahawa dia sudah pun mula lakukan perubahan pada penampilannya.

“Berbanding awal kemunculan, rasanya penampilan saya sekarang tidak lagi seseksi dahulu. Saya bergaya ikut kesesuaian acara atau majlis yang dihadiri. Mujur tunang dan keluarganya memahami situasi saya.
“Secara peribadi, ada yang lihat saya seksi bukan kerana penampilan, sebaliknya lebih kepada pembawaan diri. Saya bingung dikatakan seksi, sedangkan baju yang digayakan tidak dedah susuk tubuh,” tambahnya lagi.
Sebagai penyanyi yang sudah dikira ‘senior’, Nita pastinya sudah lali dengan tohmahan netizen yang speerti itu. Sedikit sebanyak mungkin itu semua tidak terkesan langsung dalam diri Nita sendiri.
Sumber: MYNEWSHUB.CC/ AH
sumber : Netizen perlekeh bakat, Nita terpaksa tunda nikah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan