Selepas pemergian Azmil Mustapha, digelar Ali Setan, maka tiada lagi “Asmidar”, kata Ogy Ahmad Daud.
“Dia menggelarkan diri sebagai Ali, malah turut memanggil saya dengan Asmidar. Panggilan itu terus ‘lekat’ sampai hari ini.
“Lepas ini, tiada lagi panggilan Asmidar dan Ali,” kata Fauziah Ahmad Daud, memegang watak gadis itu, lapor Sinar Harian.
Azmil meninggal dunia akibat komplikasi jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi.
Bintang filem “Mekanik” itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun dan meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak.
Menggigil mendengar berita kematian itu, Ogy mengiktiraf sahabat baiknya itu sebagai “abang” kerana menjaganya ketika filem “Ali Setan”.
“Saya juga tak pernah dengar dia bercakap buruk pasal orang, semuanya baik-baik sahaja,” kata aktres berusia 56 tahun itu.
“Dia seorang yang sangat selesa untuk berkawan dan berbual.”
Bersyukur pemergian Azmil dipermudah dan tenang, Ogy berkata Azmil, individu yang paling kuat menyokongnya terhadap “apa sahaja yang dilakukannya”.
“Ali Setan”, arahan Tan Sri Jins Shamsuddin pada 1985, menggandingkan Azmil dengan Ogy, yang membawa watak Asmidar, menjadi fenomena ketika itu dan filem tersebut masih diingati ramai.
Sumber: Projek MMO
sumber : Ogy: ‘Ali Setan’ sudah pergi, tiada lagi ‘Asmidar’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan