BALDUINA – ROME. Beberapa rumah, jalan raya dan kenderaan musnah dan rosak teruk selepas sebuah lubang tiba-tiba terbentuk di tengah-tengah kawasan penempatan Livio Andronico kelmarin.
CNN mengatakan lubang itu sedalam 10 meter dan hampir 22 keluarga di kawasan itu dipindahkan.
Pasukan keselamatan ketika ini masih menjalankan pemeriksaan untuk memastikan kawasan tersebut selamat sebelum kerja baik pulih dijalankan.
Laporan tempatan mengatakan, penduduk setempat pernah membuat aduan mengenai kesan retak yang timbul beberapa bulan sebelum kejadian.
“Sejak tiga bulan lalu, penduduk sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa dan pihak keselamatan (mengenai retak). Semuanya tidak dihiraukan,” kata peguam, Giancarli De Capraris.
Datuk Bandar, Virginia Raggi berjanji untuk menghukum pihak terlibat.
sumber : Rumah, jalan raya musnah ‘ditelan’ lubang misteri di Rome
Tiada ulasan:
Catat Ulasan