7 Feb 2018

Video: Kakitangan hotel minta pelanggan lakukan ‘blow j*b’ sekiranya mahu wang baki dikecam hebat

VIDEO memaparkan seorang kakitangan sebuah hotel di Bali, Indonesia meminta pelanggannya melakukan ‘blow job’ atau seks oral sekiranya mahu baki wangnya dipulangkan telah mengundang kecaman hebat netizen di media sosial.

Video: Kakitangan hotel minta pelanggan lakukan 'blow j*b' sekiranya mahu wang baki dikecam hebat

Video: Kakitangan hotel minta pelanggan lakukan ‘blow j*b’ sekiranya mahu wang baki dikecam hebat

Aneta Baker, berasal dari New Zealand memuat naik rakaman berdurasi lebih lapan minit, merakam perbualan bersama lelaki tempatan berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada petang Jumaat, 31 Januari lalu.

Menerusi status panjang yang disertakan bersama gambar pekerja hotel berkenaan, Aneta menjelaskan lelaki berkenaan memintanya melakukan perkara tidak senonoh selepas dia meminta mengembalikan wangnya berikutan berlaku salah faham ketika tempahan bilik hotel.

Difahamkan, Aneta mendakwa dia dan kawan-kawannya tidak menginap di hotel berkenaan selama satu malam, sebelum tarikh mereka daftar keluar dan memohon untuk pihak hotel memulangkan semula wang tersebut.

Bagaimanapun, pekerja lelaki berkenaan, seperti dipetik di dalam rakaman video menjelaskan proses untuk memulangkan wang kepada Aneta perlu melalui proses yang agak lama, dan kebarangkalian untuk dia mendapatkan semula wang tersebut adalah rendah.

❗🚫… WARNING …🚫❗️This happened to me on my last night in Bali. but I can guarantee you that I was not the first…

Posted by Aneta Baker on 2hb Februari 2018

Suspek kemudian bersetuju untuk memberikan semula wang Aneta tetapi dengan syarat mangsa perlu memuaskan nafsunya dengan melakukan seks oral.

“Dengar apa yang dia kata pada 0:09 saat. Dia nyatakan ‘sesuatu yang tidak senonoh’ (blow job) dengan perlahan tetapi ia boleh didengar dengan jelas,” tulisnya.

Video yang dimuat naik sejak 2 Februari lalu turut menerima tontonan lebih daripada 3.8 juta kali dan menerima lebih 20,000 perkongsian daripada pengguna media sosial.

“Wanita semua, kamu tahu jika sesuatu tidak betul dan kamu dibenarkan untuk bersuara! Lelaki semua juga jika kamu mendengar sesuatu  yang tidak betul, pertahankan dia (wanita).

“Saya minta anda jadi berani dan berani, kamu (wanita) mempunyai harga diri di dunia dan sepatutnya tidak boleh diletakkan dalam situasi ini atau seseorang menawarkan perkara seperti ini kepada kamu,” tegas ibu kepada seorang anak itu.

Sumber: Mynewshub



sumber : Video: Kakitangan hotel minta pelanggan lakukan ‘blow j*b’ sekiranya mahu wang baki dikecam hebat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan