
Video: Kerana tiada kereta tolak pesawat, terpaksa tolak beramai-ramai kapal terbang yang rosak ke tempat parkir
Baru-baru ini. di Indonesia berlaku satu kejadian yang tidak pernah terlintas di fikiran, apabila pesawat komersil Garuda Indonesia mengalami kerosakan di landasan dan terpaksa ditolak secara manual kira-kira 20 orang disitu, lapor Detik News
Gaambar itu pada mulanya tersebar selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dari Indonesia, Abdul yang kebetulan berada di lapangan terbang itu ketika kejadian.
Gambar itu telah disahkan kesahihannya oleh Pengurus Kanan Perhubungan Awam Garuda Indonesia, Ikhsan Rosan. Namun, beliau menafikan bahawa pesawat itu terpaksa ditolak secara manual kerana berlaku kerosakkan.
“Kejadian berlaku hari ini di Lapangan Terbang Tambolaka (Barat Daya Sumba, Nusa Tenggara Timur),” kata Ikhsan
Pesawat itu akhirnya berjaya sampai ke apron tanpa sebarang insiden tak diingini. Pesawat Garuda itu terbang ke Tambolaka dari Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali, menggunakan pesawat Bombardier CRJ1000. CRJ1000 mempunyai berat pendaratan maksima sebanyak 40.75 tan.
sumber : Video: Kerana tiada kereta tolak pesawat, terpaksa tolak beramai-ramai kapal terbang yang rosak ke tempat parkir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan