PENGACARA masakan, Chef Zam, 47, mendakwa ditipu penerbit program jualan langsung televisyen apabila tidak menjelaskan sebahagian bayaran atas khidmatnya sebelum ini.
Chef Zam atau Zamzani Abdul Wahab berkata, bayaran hasil mengacara program memperkenalkan produk dalam jualan langsung itu tidak dibayar hampir enam bulan sehingga dia menghubungi penerbit itu bertanyakan wangnya.
Chef Zam tak terima bayaran penuh, geram ditipu penerbit program jualan langsung televisyen
“Saya kenal penerbit itu kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Dia meminta tolong sewaktu mempelawa saya mengacarakan program diterbitkan.
“Saya nyatakan bayaran untuk mengacara RM5000 termasuk resepi dan demonstrasi memasak.
“Dia merayu minta kurangkan bayaran dan saya bersetuju. Bagaimanapun selepas program selesai, dia terus senyap.
“Saya cuba menghubunginya beberapa kali tetapi gagal,” katanya kepada Harian Metro.
Tidak puas hati dengan penerbit itu, Chef Zam menghubungi syarikat yang mengupahnya dan meminta bayaran mengacara program dihasilkan.
“Kali ini dapat tetapi hanya separuh. Saya tidak tahu mengapa dia bertindak begitu tapi rasanya mungkin disebabkan saya membatalkan khidmatnya untuk menerbitkan program yang terbitkan, Biscotti, 10 jam sebelum penggambaran dimulakan.
“Saya mengambil tindakan itu selepas mendapat penjelasan daripada syarikat yang menerbitkan program masakan dari Korea itu,” katanya.
Chef Zam akui tidak kisah jika penerbit yang dikenali itu berterus-terang kepadanya mengatakan sudah menggunakan baki wang yang sepatutnya dibayar kepadanya.
“Sebagai kawan, saya tidak kisah kalau dia menjelaskan apa yang berlaku. Cakaplah apa masalah dia, mungkin saya boleh halalkan wang itu.
“Bagaimanapun, caranya itu membuatkan saya geram. Dunia hiburan ini kecil dan baru-baru ini saya terserempak dengannya. Kasihan juga melihatnya seperti cuba melarikan diri apabila nampak kelibat saya. Sudahnya dia yang tidak selesa.
“Hendak kata dia kini kaya dengan hasil penipuan tidak juga kerana hidupnya tidak aman,” katanya.
Sumber: Metro
sumber : Chef Zam tak terima bayaran penuh, geram ditipu penerbit program jualan langsung televisyen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan