6 Dis 2017

Video remaja 16 tahun dipukul kerana curi duit datuk: Meninggal dunia lepas ditemui tak sedarkan diri dengan kesan lebam dan berbirat di hentian bas

Video remaja 16 tahun dipukul kerana curi duit datuk: Meninggal dunia lepas ditemui tak sedarkan diri dengan kesan lebam dan berbirat di hentian bas

Video remaja 16 tahun dipukul kerana curi duit datuk: Meninggal dunia lepas ditemui tak sedarkan diri dengan kesan lebam dan berbirat di hentian bas

Viral di media sosial beberapa video seorang remaja lelaki berbadan gempal disebat dan dipukul sekumpulan lelaki yang mendakwanya mencuri. 

Menurut individu yang memuat naik gambar dan video tersebut di media sosial, Jayaprakash Nair, berkata, remaja berusia 16 tahun itu didakwa telah mencuri duit datuk. 
“Kes curi duit datuk. Hari ini budak itu dah mati. Punca kematian belum pasti, masih lagi dalam siasatan. 
“Orang Tangkak. Kasihan budka muda lagi, 16 tahun. Ada banyak lagi cara untuk ajar. Tak perlu pukul macam ni. RIP boy. Hmmm,” katanya. 
Post Jayaprakash yang dimuat naik sejak jam 6.28 petang semalam telah ditonton hampir sejuta kali dan dikongsi semula 3,829 kali di Facebook.

Posted by Jayaprakash Nair on 5hb Disember 2017

Posted by Jayaprakash Nair on 5hb Disember 2017

Posted by Jayaprakash Nair on 5hb Disember 2017

Berdasarkan video tersebut yang dipercayai berlaku di sebuah bengkel lori, mangsa menangis dan merayu agar sekumpulan lelaki itu berhenti memukulnya.
Namun tidak diendahkan dan terus disebat dengan rotan berkali-kali di seluruh badannya. 
Video ketiga pula menunjukkan mangsa berada dalam keadaan lemah kerana ditahan sekumpulan lelaki itu sehingga malam. 
Sementara itu, netizen mendesak pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap sekumpulan lelaki berkenaan yang mengambil tindakan sendiri. 

MELAKA: Seorang pelajar lelaki tingkatan empat dari Taman Tangkak Jaya, Tangkak, Johor meninggal dunia di Hospital Melaka, malam kelmarin, selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah hentian bas di Ayer Keroh, di sini.

M Arunasalam, 16, ditemui oleh dua orang awam sebelum membawa mangsa ke Jabatan Kecemasan, Hospital Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, berkata mangsa yang dirawat di zon merah diberi bantuan pernafasan kira-kira 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan ke atas mangsa menemui kesan lebam dan birat di kedua-dua belah tangan serta belakang badan mangsa.

“Tiada pengenalan diri ditemui pada mangsa yang lengkap berpakaian,” katanya ketika dihubungi, petang ini.

Tinjauan BH di Hospital Melaka mendapati mayat mangsa masih berada di Jabatan Forensik bagi proses bedah siasat.

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga mangsa turut berada di lobi Jabatan Forensik, tetapi enggan ditemubual.

Kamaluddin berkata, siasatan lanjut dan punca kejadian masih disiasat.

“Polis sudah mengambil beberapa keterangan saksi termasuk ibu mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sejak semalam, tiga video berdurasi kira-kira seminit setiap satu tersebar luas di Facebook yang memaparkan seorang remaja lelaki dipukul dipercayai kerana dipercayai mencuri duit datuknya.

Dalam video berkenaan, remaja yang tidak berbaju itu dilihat dipukul menggunakan getah paip sambil kali merayu dan menangis.

Mengulas kandungan video berkenaan, Kamaluddin berkata, pihaknya sedang menyiasat kesahihannya.

Sumber: The Reporter dan BH


sumber : Video remaja 16 tahun dipukul kerana curi duit datuk: Meninggal dunia lepas ditemui tak sedarkan diri dengan kesan lebam dan berbirat di hentian bas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan