18 Feb 2018

Guru yang sudah berkahwin ditemui separuh bogel dengan pelajar dalam kereta di tepi jalan

Elizabeth Heaton Taylor

Seorang wanita yang sudah berkahwin ditemui dalam keadaan memalukan bersama seorang pelajar lelakinya di dalam sebuah kereta.

Dailymail melaporkan Elizabeth Heaton Taylor, 27 yang merupakan seorang jurulatih olahraga dan guru biologi di sekolah tinggi Greer telah melakukan hubungan intim dengan pelajarnya sekurang-kurangnya dua kali.

Beliau ditahan selepas polis memeriksa sebuah kenderaan jenis SUV yang diparkir dalam keadaan mencurigakan di tepi sebuah jalan, Khamis lepas.

Taylor kini berhadapan dakwaan serangan seksual terhadap pelajar bawah umur.

Dia juga berhadapan dakwaan memberikan maklumat palsu kepada polis kerana memberikan nama palsu ketika ditahan.

 

Sumber: Sinar Harian



sumber : Guru yang sudah berkahwin ditemui separuh bogel dengan pelajar dalam kereta di tepi jalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan