Helah janda anak tiga yang menawarkan khidmat seks menggunakan aplikasi WeChat terbongkar apabila ditahan di salah sebuah hotel di bandaraya ini, kelmarin.
Wanita berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.15 malam dalam operasi khas Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.
Difahamkan, wanita itu menggunakan gambar bogel dan seksi serta video sendiri bagi mempromosikan khidmatnya dalam aplikasi berkenaan.
Malah, hasil daripada aktiviti pelacuran itu, dia dikatakan mampu meraih pendapatan kasar antara RM5,000 ke RM7,000 sebulan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, wanita itu mengenakan bayaran antara RM200 ke RM250 bagi setiap kali perkhidmatan yang diberikan.
“Modus operandi yang dilakukan adalah pelanggan perlu membuat bayaran pendahuluan terlebih dahulu secara atas talian.
“Pelanggan akan membayar baki bayaran di dalam bilik sebelum mengadakan hubungan seks. Hasil siasatan awal, kita percaya suspek bergerak sendiri dengan menaiki bas ke seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Perlis dan melakukan aktiviti itu sejak 2016 untuk menyara anak dan keluarganya.
“Dalam operasi itu, kita berjaya merampas barangan seperti 33 keping sarung kondom, dua unit telefon bimbit dan wang tunai RM400,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kuala Terengganu, Wan Aziantie Ab Karim@Isa membenarkan suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan.
Sumber: Sinar Harian
sumber : Janda anak 3 kantoi tawar khidmat seks guna WeChat, raih pendapatan RM5,000 ke RM7,000 sebulan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan